Email This Print This News

MBSB Raikan Anak-Anak Yatim Dan Keluarga Ibu Tunggal

BackSep 09, 2009

Damansara, 9 September 2009 – Anak-anak Yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong dan Keluarga Ibu-Ibu Tunggal dari Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan-Selangor (Masmerah) diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama MBSB, di sini malam tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Encik Ahmad Zaini Othman, “Majlis seumpama ini merupakan majlis yang kedua dianjurkan oleh MBSB sempena bulan Ramadhan ini. Pada minggu lepas kami meraikan anak-anak Peryatim di Kuching, Sarawak bersempena dengan majlis penyampaian sumbangan untuk masyarakat miskin di wilayah Sarawak melalui program K-Penyayang bersama Bernas.  Dan insyaallah sumbangan yang sama akan di serahkan kepada masyarakat di wilayah Sabah pula hujung minggu ini “.   

Di adakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara, lebih 300 tetamu hadir pada majlis tersebut dan mereka di raikan oleh kakitangan MBSB.  Majlis turut diserikan dengan Majlis Tazkirah serta nyanyian nasyid.  Ahli Lembaga Pengarah MBSB, Tuan Syed Zaid Syed Jaffar Albar dan Encik Ahmad Zaini Othman turut menyerahkan sumbangan duit raya dan barangan iringan kepada anak-anak yatim serta keluarga ibu-ibu tunggal yang hadir.

Pada majlis itu, MBSB turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Tandatangan Kreatif Pinjaman Peribadi-i PDRM dan Pertandingan Rekaan Kreatif Rumahku Syurgaku Bersama MBSB.

Pemenang-pemenang membawa pulang Pakej menunaikan ibadah umrah, percutian ke negara-negara Asean, serta pelbagai hadiah-hadiah yang menarik.

Encik Ahmad Zaini Othman, turut melancarkan Kempen JOM RAYA SAVINGS MBSB.  Kempen ini diadakan sehingga hujung tahun ini bagi menggalakkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak untuk menabung.  Tambah En. Ahmad Zaini lagi, secara tidak langsung, ini juga merupakan tanggungjawab korporat MBSB untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menabung.