Email This Print This News

Perlantikan CEO Baru MBSB

BackFeb 25, 2009

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) hari ini mengumumkan perlantikan En. Ahmad Zaini Othman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru berkuatkuasa 26 Februari 2009.

En. Ahmad Zaini menggantikan En. Ahmad Farid Omar yang telah tamat kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2008.

En. Ahmad Zaini, 51, berpengalaman luas dalam bidang perbankan dan sektor korporat selama 24 tahun.

Sebelum menyertai MBSB, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank selama tiga tahun.

Pada tahun 1996, En. Ahmad Zaini telah berkhidmat sebagai Ketua/Pengurus Besar Kanan bagi Perbankan Korporat di AmBank Berhad. Pada tahun 1993, beliau telah berkhidmat di Perwaja Steel sebagai Pengurus Besar Kanan/ Pengarah di Perbankan Kewangan. Diantara tahun 1984 -1988 En. Ahmad Zaini telah memulakan kerjayanya di Bank Perdagangan bersama Bumiputera Merchant Bankers dan Intradagang Merchant Bankers.

En. Ahmad Zaini berkelulusan Diploma Lanjutan Perakaunan daripada Manchester, England dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) daripada Universiti Southern Illinois dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti St. Louis, Amerika Syarikat.

Perlantikan En. Ahmad Zaini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru merupakan satu lagi mercu tanda bagi MBSB selaras dengan halatuju MBSB memantapkan kedudukan dalam pasaran kewangan Islam.

Dikeluarkan oleh,

Unit Komunikasi Korporat
MBSB
Tel: 03- 2099 3516/3537
Fax : 03-2095 4258
e-mail: rohanim@mbsb.com.my